Follower

Friday, May 30, 2014

Menyeru Pemenang-pemenang Keluarga Sihat 1st Giveaway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Perhatian! Perhatian!

 
Hehe.. Siap guna speaker lagi.

Mungkin ada yang tak perasan, keputusan bagi Keluarga Sihat 1st Giveaway dah keluar. Sebabtu masih ada beberapa orang pemenang yang belum lapor diri.

Sekali lagi ibu menyeru semua peserta-peserta Keluarga Sihat 1st Giveaway, keputusan telah diumumkan dalam entry ini.

Mohon memberi respon sebelum 5 Jun 2014 kerana semua hadiah akan dipos serentak selewat-lewatnya 6 Jun 2014. Mohon respon segera, kesian yang lain-lain sebab ada juga yang dah tak sabar-sabar ni. Sikit-sikit pm di FB. Hehe..

Hingga jumpa lagi. Daaa...

Thursday, May 22, 2014

Pencuci Pinggan Untuk Kulit Sensitif


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu ada kawan yang berhadapan dengan masalah kulit tangan yang terlalu sensitif. Kulit menjadi merah dan menggelupas sehinggakan cap jari pun sukar dikesan bila berurusan dengan bank.

Nak buat apa-apa pun terutama kerja rumah terpaksa guna sarung tangan. Nak basuh baju, nak basuh pinggan lagilah bermasalah sebab tangan yang sensitif tu akan bertambah teruk keadaannya.

Tapi sebenarnya, akhirnya dia kata dia dah jumpa pencuci pinggan yang sesuai dengan tangan dia yang sensitif itu. Jom kita baca apa katanya:

Testimoni Dish Wash Concentrate Shaklee

 Testimoni Dish Wash Concentrate Shaklee

Testimoni Dish Wash Concentrate Shaklee

Sebenarnya kawan ibu ni maksudkan Dish Wash Concentrate Shaklee.  



Jom kita baca apa kelebihan Dish Wash Concentrate Shaklee ni.. 


Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan

Anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash ternyata: 
 
•  Lembut pada tangan
•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
•  Tahan lama kerana kepekatannya
•  Menjadikan pinggan bersih berkilau
•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki



Tahukah Anda?
 
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Dish Wash Concentrated Shaklee tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
 

Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
Berkesan

  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama
Mesra alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
 Untuk keterangan lanjut dan pembelian, hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

Maryam Jadi Baby


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun ini Maryam dah 7 tahun. Dah besar dah anak ibu.. Tapi sebab dia anak bongsu, maka dia tetap baby dihati ibu. Hihi..

Beberapa barang-barang dia ketika masih bayi memang ibu tak simpan. Semuanya jadi barang permainan dia. Katil baby pun ibu tak buka, memang ada dalam bilik dia buat simpan anak-anak patung dia.

Antara yang dia selalu buat main, kelambu baby dia. Dia buat main baby-baby. Dia hampar tilam (pun tilam masa dia baby), susun ansk patung kemudian dia kelambukan. Tapi kadang-kadang dia yang jadi baby. Adoilaaa.. Ketawa ibu tengok dia..





image

 
Sekiranya ada rezeki ada baby lagi, memang semua kena beli baru nampaknya. Jangan tanya ibu bila nak ada baby lagi ya, semua tu ketentuan Allah swt..

Sekian cerita Maryam jadi baby. 

Ps: Entry ni ibu buat guna handphone je. Maaf kala tonggang terbalik. Hihi..

Tuesday, May 20, 2014

Budu Dengan Cili, Bawang dan Mangga Muda


Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini cerita malam semalam. Ibu masak ikan masak stim, ayam dan kacang panjang goreng kunyit, serta budu. Semua tak ada gambar kecuali budu. Hoho..

Pasal budu tu, ada kisahnya. Ibu copy apa yang ibu tulis kat FB je lah ye..

Potong2 cili, potong2 bawang..
Racik mangga muda..
Sekali tuang budu, laaaaaa..
Tinggal sikit.. Sabar ajelah..

Budu Dengan Cili, Bawang dan Mangga Muda

Ini sebenarnya budu tak cukup budu. Hehehe..

Sekian..

Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi masa jalan-jalan di muka buku ternampak gambar Ayah Yusuf dalam 1 page Jabatan Kerajaan ni. Gambar tu di share dari salah satu page PDRM. Membawa ibu jalan-jalan ke page tu pulak. Nampak page tu share tentang Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam. Wah, panjang lebar penerangan asal usul info entry ni.. Hihi..

Sebab tips tu bermanfaat, maka ibu kongsikan di Jemari Asmara. Jemput baca ya.. 

Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam

SHARING IS CARING: 
Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam

Berikut disertakan beberapa tips keselamatan untuk ibu bapa dan anak-anak supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

1. Sentiasa perhatikan pergerakan anak anda. Tahu di mana dan dengan siapa mereka bersama.

2. Ajar anak anda untuk mengingati nama penuh mereka, alamat penuh dan nombor telefon rumah.

3. Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga. Beritahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

4. Jangan biarkan anak anda keluar bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih dewasa.

5. Jangan tinggalkan walaupun sebentar anak anda di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup ketika anda sedang berurusan di luar kenderaan.

6. Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.


Semoga bermanfaat.. :D

Wednesday, May 14, 2014

Pemenang Keluarga Sihat 1st Giveaway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya ampunnnn.. Bersawang-sawang blog Jemari Asmara ni haa.. Minta ampun juga pada yang tertunggu-tunggu keputusan Keluarga Sihat 1st Giveaway.

Alkisahnya, kertas undi yang ibu tunjuk di sini dah kena buat main dengan Maryam sebelum sempat ibu minta dia buat cabutan. Bila kira-kira balik, dah sudah! Tak cukup, dah ada yang hilang.

Kemudian bila dah bertangguh, terus tertangguh-tangguh. Sekali lagi ibu minta maaf atas kelewatan itu..

Akhirnya, ibu buat satu cara baru untuk pilih pemenang. Ibu tulis no 1 hingga 14 dan minta Maryam pilih 6 nombor yang dia suka. Maka, dapatlah sudah keputusan Keluarga Sihat 1st Giveaway.

v

v

v

v

v


6 nombor pilihan Maryam iaitu nombor 3, 4, 5, 6, 7 dan 8. 

Sayangnya entry nombor 8 apabila dibuka tertera 'blog ini terbuka untuk pembaca yang dijemput sahaja'. Dengan itu, maaf kemenangan kemenangan kepada entry no 8 digugurkan semula.

Maka dengan ini secara rasminya, 5 pemenang yang bakal memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk fridge magnet ialah:





 
Manakala untuk kategori entry terbaik yang akan menerima hadiah bekalan SR Vitamin C selama sebulan + fridge magnet, hanya seorang pemenang sahaja yang menepati kepuasan hati penganjur. Dan pemenangnya ialah:

 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada semua pemenang sila berikan nama penuh, alamat, dan no telefon di inbox fb page:
 
 
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua peserta. Salam sayang dari Ibu Yusuf dan Maryam.. :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...