Follower

Wednesday, February 13, 2013

KEPERLUAN KALSIUM WANITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun ini ibu bakal menginjak usia 35 tahun. Lagi 5 tahun bakal menginjak angka 40.. Allahu Rabbi, semoga terus diberi kesempatan untuk menambah amal ibadah buat bekalan ke sana kelak.

Dalam usia begini, ibu sudah dikelilingi oleh beberapa sahabat yang mempunya beberapa masalah kesihatan yang antaranya berpunca dari kekurangan kalsium. Risau juga melihatnya..

Semalam, ibu baca satu artikel tentang Keperluan Kalsium Wanita. Apa penyakit yang berkaitan dengan kekurangan kalsium dan cara mencegah penyakit tersebut. Ibu salin semula di sini untuk perkongsian bersama.

***********   

 Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
 
Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober 2008 lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis. Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak. Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari. (Sumber)


 Google

Bercakap tentang kalsium, automatik kita akan teringat susu. Betul tak? Dalam artikel di atas pun ada disebut tentang susu. Alhamdulillah, ibu penggemar susu. Tapi tu lah, suka macammana pun bukan mampu nak minum hari-hari. Kadang-kadang lupa, kadang-kadang tak sempat. Dua gelas pula tu.. 

Dan, ramai juga kawan-kawan ibu yang tak suka susu. Jadi bagaimana ya orang-orang seperti kami nak memastikan kalsium untuk kami mencukupi keperluan? 

 Mari ibu perkenalkan salah satu supplemen Shaklee yang hebat dengan izin Allah. Ini OsteMatrix*.. Ianya istimewa kerana ia lebih daripada sekadar kalsium.

Jom baca kelebihan OsteMatrix secara ringkas;

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jadi, jika anda sayangkan tulang anda.. Jom sama-sama kita berOsteMatrix. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli.

Untuk pembelian boleh email ibu di zefa_asmara@yahoo.com atau pm ibu di FB: Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)

Terima kasih..  

4 comments:

  1. Bersyukur dengan kesihatan yg diberi dan sentiasa menyayangi diri sendiri dulu :D

    The power of grateful - dr azizan osman :)

    ReplyDelete
  2. hihi sy ni susu tak suka minum, ubat2 pil ni lagi la susah nk telan. mcm mane tu ibu? hihi,

    ReplyDelete
  3. Suka mkn supplement. Suka minum susu. Tapi, kadang2 terlupa juga =)

    ReplyDelete
  4. time pregnant ni susu pun malas minum cmna?asyik ngadap soya jer..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...