Follower

Monday, February 25, 2013

INSTAPLACE, MAIN HUJAN DAN TOM YAM BELUT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tajuk macam best je kan? Hihi.. Apalah agaknya Ibu Yusuf dan Maryam nak ceritakan dalam entrynya kali ni kan?

Tapi rasanya yang paling menarik perhatian adalah Tom Yam Belut. Betul tak? Haaa.. Adalah tu yang mula rasa geli-geleman. Ish.. Janganlah geli-geli, makanan tu tau..

Ibu cuma nak bagi tau, ibu dah ada instagram. Haha.. kan, tu dah ada yang gelak guling-guling ketawakan ibu. Ye, ibu tahu.. awak semua dah lama ada, ibu baru nak ada.. Hihi..

Kemudian ibu juga ada instaplace. Alaa, tangkap je gambar kemudian keluarlah nama tempat yang kita berada tu. Tapi kadang-kadang tak menjadi juga.. Punyalah kena refresh banyak kali baru keluar nama tempat yang baru.

Ada satu lagi ibu tengok kawan-kawan selalu guna, instaweather. Yang tu tangkap gambar keluar maklumat cuaca. Yang tu pun tak berapa nak betul kadangnya. Cuaca tengah panas terik pun boleh dia kata mendung. Adehh..

Itu je pun ibu nak cerita. Ehehe.. Ibu kongsikan kat sini 2 keping gambar yang ibu ambil guna instaplace..


Ini gambar semalam, kami balik kampung. Ibu bagi peluang anak-anak main hujan. Alhamdulillah, antibodi mereka kuat.. tak demam..


Ini pulak gambar malam tadi. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah makan kat Jeram. Padahal kat rumah mak, dah makan pun.. Haha.. Sebabtu kami sekeluarga 'sihat-sihat' belaka..

Owh ya, dalam mangkuk tu Tom Yam Belut. Ibu sudahi entry kontot ni dengan soalan;

Berani ke makan belut?

Ahahaha.. Jawab kat komen yer..


 

5 comments:

  1. jawapan saya : tak beraniiii....nak makan ikan keli pun tak berani hiihi..

    ReplyDelete
  2. sedap.....

    ina makan sup belut dan belut goreng masa berpantang dulu. Sejak tu suka makan sup belut hihi.

    * kita pun pakai instaplace hehe

    ReplyDelete
  3. dah pakai hp canggih ye kak? hehehe...

    ReplyDelete
  4. belut sedap ape..sup belut pun sedap.bagi sy rugi sape yg taknak try makanan eksotik ni.payah nak dapat hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...