Follower

Wednesday, October 31, 2012

WW: PUCUK UBI REBUS CICAH BUDU BERSERAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sunday, October 28, 2012

TAMAN REKREASI TASIK PUTERI, BUKIT BESI, TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini sudah hari ketiga umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Walaupun agak terlambat, ibu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman-teman beragama Islam khususnya buat pembaca-pembaca Jemari Asmara.

 Alhamdulillah, hari ini ibu berkesempatan menitipkan sesuatu di blog kesayangan ibu ni. Ini cerita sebelum raya, cerita raya masih dalam pembikinan.. 

Hari Khamis 25 Oktober 2012, jam 6.30 pagi kami memulakan perjalanan dari Shah Alampulang ke kampung halaman ayah Yusuf di Terengganu untuk menyambut Aidiladha di sana. 

Perjalanan bermula dengan lancar sehinggalah kami memasuki Lebuh Raya Karak. Perjalanan mula perlahan dibeberapa kawasan sepanjang lebuh raya tersebut. Tapi anak-anak tak banyak ragam sebab masing-masing ketiduran. Ibu dia pun tak banyak ragam, pun sebab ketiduran. Hehehe..

Masuk je Lebuh Raya Pantai Timur, matahari dah memancar-mancar. Anak-anak dan ibu sudah kebangunan dan masing-masing kelaparan. Kami berhenti makan di RnR Temerloh, masa tu lebih kurang jam 10.00 pagi. Orang punyalah ramai.. Huhuhu.. Sesak! Nak beli makanan pun terpaksa beratur panjang. Kami ambil masa sampai 1 jam untuk selesai urusan isi perut.

Perut dah kenyang, kami sambung perjalanan. Masa ni anak-anak dah mula buat muka boring. Maryam kejap-kejap baca buku, kejap-kejap main game, kejap-kejap dia usik abang dia. Ibu pulak kejap-kejap jadi ibu mithali (layan Maryam baca buku), kejap-kejap jadi tarzan (bila Maryam kerap sangat usik abang sampai gaduh-gaduh). Hmmmmm...

Lebih kurang jam 12.30 kami hampir sampai ke Bukit Besi. Ayah ambil keputusan berhenti sekejap, bawa anak-anak bersantai di Taman Rekreasi Tasik Puteri.
   
 
Sedikit info yang ibu salin dari Laman Web Rasmi JKR Dungun:

Tasik Puteri atau dulunya lebih dikenali dengan nama Tasik Bukit Besi terletak kira-kira 3 km dari Bandar Bukit Besi. Perjalanan dari Bandar Dungun mengambil masa selama 30 minit dengan jarak perjalanan ialah 33 km. Sekiranya anda datang dari arah Bandar Kuala Terengganu, jarak Tasik Puteri dengan Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 77 km dan mengambil masa selama 1 jam untuk ke sini.

Tasik Puteri yang mempunyai keluasan 131 ha merupakan kawasan bersejarah dengan kawasan tinggalan lombong bijih besi yang merupakan lombong bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara pada suatu masa dulu. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk dari Sungai Besul yang disekat dan menghasilkan takungan air. Sumber air inilah yang digunakan bagi menjalankan aktiviti membersih bijih besi.

Tasik Puteri kini merupakan produk pelancongan yang sedang diberi tumpuan oleh KETENGAH untuk dimajukan. Tasik yang tenang dan keindahan alam sekitar menjadikan Tasik Puteri ini amat sesuai untuk mereka berehat bersama keluarga pada hari minggu.

Subhanallah.. Pemandangan yang sangat indah. Air tasik yang hijau dan jernih, pohon-pohon yang menyejukkan pandangan mata. Nun di seberang sana, Kelab Golf Bukit Besi.


 Di tasik ni ada jeti. Kalau mengikut Laman Web Rasmi JKR Dungun, ada Perkhidmatan Rekreasi Air di Tasik Puteri yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Antara yang disediakan untuk disewa ialah Bot Kayuh (paddle boat), Bot Laju (speed boat) dan Kayak. Tapi masa kami sampai, apa pun tak ada. Hehehe..

Jadi kami pun sekadar cuci mata dan bergambar-gambar aje..


 Maryam, Yusuf dan ayah dengan gaya tersendiri..


 Yeah!! Aksi apakah? 


 Hahaha.. Aksi ibu dan anak.. :D


 Ibu suka aksi ini. 


 Pewitttt.. Ala-ala model gitew. Perasan.. Hahaha..


 Amacam? Boleh jadi model tudung? Kah kih kuh..


 Aksi beberapa orang remaja sedang mandi manda di Tasik. Ibu tak pasti samada memang dibenarkan mandi manda di sini ataupun tidak

Tapi ada tertulis di Laman Web Rasmi JKR Dungun tu, ada air tejun di Tasikni untuk mandi manda. Cuma ibu tak pasti di belah mana sebab kami tak pusing habis pun seluruh kawasan ni.

Ada juga taman permainan untuk kanak-kanak dan pondok wakaf untuk berehat di sini. Tapi tak ada gambar dek insiden Maryam jatuh dari ketinggian yang agak tinggi lah juga.



Gambar ni di ambil dari pondok wakaf yang ibu maksudkan dalam perenggan di atas..

Kami duduk-duduk di situ adalah dalam setengah jam dan kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, kami sampai di Kampung Pulau Bahagia lebih kurang jam 2.00 petang. Err, masa-masa yang ibu sebutkan dalam entry ni semuanya anggaran ye..

Secara umumnya, ibu suka tempat tu. Damai je rasa bila kat sana, cuma kedamaian tu tergugat bila Maryam jatuh. Syukur dia tak apa-apa..

Ibu harap lepasni ayah bawa kami singgah di situ lagi. Ibu nak juga tengok air terjun yang dikatakan ada dekat-dekat situ dan boleh juga mandi manda.. :D

Okey, sampai sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi ya..

Wassalam..  

Tuesday, October 23, 2012

MAIN HUJAN LALALA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu tengah pening.. Berhenti sekejap buat kerja, update blog hilangkan pening. Alasan serius ni tau, bukan buat lawak. Harini ibu kerja call orang je, sampai habis lebih 100 minit kredit ibu. Ce bayangkan berapa RM. Gara-gara pejabat baru ibu tak ada talian telefon lagi. Tapi kerja kena buat juga. Kan?

Salah satu terapi bila ibu stress dengan kerja ialah menatap wajah anak-anak. Walaupun tak dapat nak tatap secara langsung, dapat tengok gambar pun jadilah. Maka timbullah entry ni..

Ahad lepas kami balik Sekinchan. Rutin kami, tiap-tiap minggu pun balik kecuali ada urusan-urusan yang tak boleh dielakkan. 

Sekarangkan musim hujan, tiap-tiap hari hujan. Ibu suka je hujan bila balik kampung, bolehlah duduk diam sikit Maryam hujan-hujan ni. Kalau tak, dia suka jelajah satu kampung. Kalau boleh panjat pokok kelapa sawit tu, dia dah panjat agaknya. Hehehe..


 Sekadar di tepian. Merenung hujan lebat yang membasah bumi dan menghalang niat suci murni dia nak ajak ayah pusing-pusing kampung naik motor..


 Yusuf dan dunianya.. Si abang ni kalau tak hujan pun memang suka duduk dalam rumah je. Cuma adalah gadget-gadget sesiapa yang akan jadi mangsanya..

Sekali ibu tengok, cerita sudah 'bertukar' daaaaaa...

v

v

v

v

v


 Hahaha.. Dua-dua dah main hujan dah.. Suka hati kau orang lah..


 Amboi.. Punya mesra posing. Biasanya gaduh aje..


 Hari semakin gelap.. dan mereka semakin basah lenjun.. Tapi mereka nampak sangat happy, jadi ibu tak sampai hati nak marah. Sebab tu ibu biarkan sahaja..


 Tengok.. bawah pokok pisang pun mereka redah. Maryam punya idealah tu, kalau Yusuf seorang dia tak kan sampai situ punyalah..


Oooo.. ada sampan. Ucu dan cayu yang buatkanlah tu..

Okey, tu gambar last. Sebab dah masuk waktu Maghrib, jadi semua dikerah mandi. Sabun bersih-bersih dan yang penting kepala kena shampoo betul-betul.

Alhamdulillah, anak-anak ibu tak demam. Dah lama sebenarnya mereka tak main hujan macam ni. Dulu tahun 2010 ibu ada buat entry tentang Menguji Antibodi Anak-Anak. Tu cerita mereka main hujan sebenarnya, cuma kejadian berlaku di kampung Tok, yang ini kejadian berlaku di kampung Mbah.

Ibu copy ayat dari entry tersebut:

Pada pandangan suami saya (dan saya bersetuju), adakala anak-anak perlu diberi peluang dalam mencipta keriangan di alam mereka sendiri. Walaubagaimanapun, pengawasan dan kawalan dari ibubapa atau orang yang lebih dewasa adalah WAJIB!!!!

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca di Jemari Asmara. 

 
Oh ya, iklan sekejap. Ibu sekarang jadi agent Inchloss Lotion. Berminat sms/ call ibu ditalian 012-3659728.

Keterangan lanjut sila klik SINI ya.. :D 

Terima kasih.

 

Monday, October 22, 2012

QASEH CHIFFON DRESS FOR SALE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Perhatian! Perhatian! Jemari Asmara masih blog peribadi ibu ya.. Belum bertukar status menjadi blogshop. Yelah, hari tu promote Tudung Chiffon Dual Tone, harini promote Chiffon Dress Pulak. Hehehe..

Bukan apa, traffik Jemari Asmara lebih bagus dari Asmara Collections, jadi ibu ambik la kesempatan. Jangan marah rrr..

Apapun, jom cuci mata dengan Qaseh Chiffon Dress dari Empire Qaseh yang sangat comel ni. Layannnnn..








Ada 4 warna sahaja semuanya. Material kain chiffon siap berlining di dalamnya.

Harga RM65.00 sepasang percuma penghantaran.

Untuk keterangan lanjut boleh terus ke laman web rasmi Empire Qasih boleh klik di SINI sahaja.


Terima kasih sudi singgah di Jemari Asmara.. :-D




Friday, October 19, 2012

TUDUNG SHIFFON DUAL TONE FOR SALE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jom cuci mata lagi.. Tadi English Cottage, petang-petang ni kita layang tudung nak?

Layannnnnzzzz..











Cantikkan? Cuba bayangkan ibu Yusuf pakai macam tu, mesti cun kan? Ekekeke.. Abaikan keperasanan itu.

Sebab ini edisi cuci mata, ibu tak mahu cerita panjang-panjang. Maklumat lanjut tentang tudungni boleh tengok di SINI.

ENGLISH COTTAGE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu nak ajak kawan-kawan cuci mata tengok English Cottage. Sambil cuci mata sambil-sambil kita berangan ek. Beranganlah apa-apa pun. Hehe.. 

Gigih google gambar English Cottage harini. Bukan apa, ibu perhati-perhati, kalau ibu buat entry tentang deco-deco, atau pun entry tentang henglish menglish ni mesti page view entry tu tinggi. 

Tapi kalau buat entry ilmiah mesti page view sikit. Contohnya entry Kenali Pokok Popi dan Cure & Care 1Malaysia tu, dah 3 hari tapi hanya ada 49 pembaca sahaja. Huhu..

Okey, jom kita cuci mata.. :D














 Cottage in spring


Cottage with colourfull tulips..

8 gambar je ye.. Ampunnnn, ibu tak rajin nak download banyak-banyak. Nak tengok banyak lagi, search je English Cottage. Keluarlah macam-macam gambar. Haunted cottage pun keluar juga nanti. Hehehe..

Jumpa lagi yaaaa... 



Wednesday, October 17, 2012

KENALI POKOK POPI DAN KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama betul ibu tak bersiaran. Entry terakhir 6 hari yang lepas. Waduh, teruk betul prestasi ibu semenjak dua ni. Sejak pindah pejabat ni asyik  penat je. Hmmm, tapi tak boleh cerita lebih-lebih pasal pejabat. Bos marah weiii.. Hihi..

Terfikir nak buat entry ni sejak terbaca status MyChef Ready Meals yang tunjuk gambar buah popi. Bila baca komen-komen fans dia, ramai yang tak tahu apa itu popi aka poppy. Ada yang kata popi tu ganjalah.. Ada yang kata buahnya macam sedaplah. Uiii. bahaya ni. Itu benda yang menghasilkan musuh nombor satu negara. Dadah!!

Jadi, melalui entry ibu ini, walaupun ringkas aje, harap kawan-kawan ibu yang belum tahu, akan tahu tentang perihal pokok ni ya..

Pokok-pokok ni tak ada di Malaysia, tapi dadah yang terhasil darinya sudah membunuh ramai rakyat Malaysia. Sedih!! 



 Ini bunga popi. Cantikkan? Tapi awas!! Ianya cantik yang membunuh.


 Ini buah popi. Gebus je kan rupanya. Tu sampai ada yang kata macam sedap je..


Bunga popi yang ditoreh akan mengeluarkan getah. Getah inilah yang akan diproses untuk menghasilkan dadah dari kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Kalau ganja lain tau. Ia ada pokoknya sendiri. Tapi lupa pula ibu nak search gambarnya tadi.

Oh ya, semua gambar di atas adalah hasil google. Tak tahu nak bagi kredit pada siapa, gambar yang sama berulang-ulang.

Bercakap tentang dadah, ianya suatu yang menggerunkan sebenarnya. Kalau tidak, masakan ia diishtiharkan sebagai musuh nombor 1 negara.

InsyaAllah, lepas ni kalau berkesempatan ibu kongsikan gambar-gambar dadah. Alaaa.. kalau kawan-kawan cari diinternet sangatlah banyak.  

Lagi satu, kalau ada saudara mara atau sesiapa yang kita kenali terjebak dengan dadah, lebih-lebih lagi baru lagi terjebak.. ada alternatif lain selain dari menghubungi polis minta tangkap sebenarnya.

Ibu ada berjumpa dengan satu keluarga yang menyesal buat laporan polis ke atas anak mereka baru menagih sebulan. Mereka ingat itu langkah awal sebelum anak mereka terlanjur lebih jauh. Tapi anaknya yang masih muda itu sudahnya sudah ada rekod polis.

Di Malaysia kita ada beberapa klinik Cure & Care 1Malaysia. Klinik ini terbuka untuk semua yang terlibat dengan permasalahan dadah. Ianya berkonsepkan kesukarelaan dan tiada ikatan perundangan.

Jadi, kalau saudara kita yang terjebak tu sukarela atau masih boleh dipujuk, ajaklah dia ke C&C. Kalau degil dan tak mahu juga, barulah buat laporan polis. Jangan pula dibiarkan ya, nanti semakin teruk pula dia atau dia pula yang akan merosakkan orang lain nanti.

Untuk tahu di mana klinik C&C yang terdekat boleh tengok di laman web AADK atau klik terus SINI.

Sekian dulu catatan ringkas ibu. Semoga memberi manfaat pada semua.

Jumpa lagi.. :D 


Wednesday, October 10, 2012

IDEA DEKORASI: SERIKAN RUANG TAMU DENGAN HAMPARAN QUILT


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Kita deco-deco lagi ya.. Ibu Yusuf sudah kena sawan mendeco nampaknya. Kah kah kah.. Semangat menghias rumah tiba-tiba meluap-luap semenjak duani. Penangan pindah pejabat, kemas-kemas harta pejabat, balik rumah pun asyik nak mengemas je. Hahaha..

Tapi maaflah, balik-balik ruang yang sama juga ibu tunjuk. Ye lah, rumah kita kecik, pusing-pusing situ juga. perabotnya pun tak bertambah-tambah, yang itu juga. Cuma tulah, kadang-kadang tukar kedudukan perabot, kadang-kadang tukar aksesori apa yang patut.

Baru-baruni ayah cuci karpet. Bukan cuci sendiri pun, tapi bawa pergi kedai basuh kereta. Kemudian apa terjadi ibu tak tahu.. 2-3 hari kemudian karpet balik dah bersih.

Karpet lama baru cuci, tapi tuan punya karper buat-buat macam dapat karpet baru. Hahaha.. Walaupun sekadar anggapan palsu, ianya secara langsung meniup semangat dan motivasi untuk memanggil sawan mendeco datang. Hahaha.. bengong sikit ayat-ayat ibu Yusuf malam ni. Memang sawan sungguh agaknya.

Okeylah, sebelum ibu lebih melalu-lalut, moh lah tengok gambar-gambar tak seberapani.. Sebagai perbandingan, boleh klik Idea Dekorasi Ruang Tamu untuk dekorasi yang lepas-lepas.


 Ibu tak tukar apa-apa kedudukan perabot pun, cuma ibu serikan dengan hamparan dan cushion quilt warna merah jambu. Ala-ala shabby chic gitu..


 Dari dulu lagi ruang ni memang tak ada meja kopi. Kalau tetamu datang biasanya ibu hidang air di meja makan khas untuk tetamu..


 Whing chair pun ibu serikan dengan quilt runner. Runner tu untuk meja sebenarnya, tapi ibu letak situ nampak cun aje. Belasah je lah..


 Kali pertama ibu jumpa quilt ni terus jatuh hati. Harganya mahal sikit dari yang selalu ibu jumpa, tapi berkenan punya pasal ibu beli juga. Jangan tanya harga ya, ibu dah lupa..


Fabric cupcakes mengambil tempat di sini. Mula-mula nak letak kat dapur, tapi dah penuh dah, tumpang jelah dulu di sini sehingga ibu rajin mengubahnya semula..

Banyak lagi benda yang ibu nak ubah dan tambah sebenarnya.. Macam dinding, banyak lagi yang lapang dan kosong. Tapi nanti-nanti lah dulu, cukup dulu dengan apa yang ada. Kalau tambah pun, ibu tambah sikit-sikit je.

Lagipun, bak kata ayah Yusuf, ibu ni rajin mendeco aje. Mengemas , memvakum, mengemop, buang habuk tak berapa rajin. Siapa yang kena buat? Ayah Yusuf juga. Hehehe.. Jadi hias biasa-biasa ajelah ye, kalau banyak sangat aksesori, banyaklah habuk yang akan menyinggah.

Bukanlah nak membuka pekung didada, tapi ibu jujur. Sebelum ada yang puji 'kemasnya rumah', biarlah ibu berterus terang. Ayah Yusuf yang rajin mengemas terutama vakum. Errr, tapi bab deco tetap sentuhan ibu lah. Kalau ayah yang deco, memang lapang boleh main bola rumah ni..

Okey, sampai di sini dulu deco-deco bersama Ibu Yusuf (berangan nak jadi Eric Leong.. Kih kih..) Hingga jumpa lagi..

Wasaalam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...