Follower

Thursday, July 12, 2012

DI HADAPANKU SEORANG PENCURI: ANTARA TRAGEDI DAN KEPENTINGAN SOSIAL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry ini mungkin bakal mengundang pelbagai tafsiran dari pelbagai pihak. Atau mungkin juga ianya sesuatu yang tidak akan difikirkan, atau tidak terfikir dek pemikiran orang lain yang tidak melaluinya. Tajuknya juga sekadar yang terlintas di fikiran ibu tanpa memikirkan samada ianya sesuai atau tidak.

Hari ini dalam sesi kaunseling ibu berhadapan seorang klien, lelaki, masih muda, berbangsa Melayu yang sedang menunggu hari perbicaraan atas kes curi yang dilakukannya. Sebagai manusia biasa, sebaik sahaja mendengar pengakuannya.. jujurnya hati ibu luluh. Sesiapa yang mengikuti Jemari Asmara insyaAllah tahu apa tragedi yang baru berlaku kepada kami sekeluarga. Ibu hanya manusia biasa, sukarnya untuk mengawal hati..

Bukanlah dia pelaku tragedi tersebut, namun dia adalah dari golongan yang sama seperti pelaku tragedi tersebut.

Ibu renung wajahnya, ibu tarik nafas dalam-dalam. Ibu buang jauh-jauh semua kepentingan diri.. Ibu buang jauh-jauh ingatan terhadap tragedi yang baru berlaku.

Subhanallah, Maha Suci Allah.. benarlah jika hati kita ikhlas menjalankan tugas lillahi taala, Allah akan permudahkan urusan kerja kita. Tak perlu berlakun profesional, namun Allah lorongkan untuk kita benar-benar profesioanal dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, ibu berjaya menepikan gelodak hati yang hanya Allah yang maha tahu rasanya. Sesi kaunseling hari ini berjalan lancar. Semoga memberi sedikit kesan dalam dirinya. Semoga kesan itu memberi maslahat kepada kepentingan sosial..

Semoga keinsafan akan singgah di hati-hati mereka. Semoga mereka akan kembali ke jalan yang benar. Amin ya Rabbal 'Alamin..

Ps: Ibu Yusuf bukan kaunselor, sekadar seorang penjawat awam yang memberikan khidmat kaunseling kepada yang memerlukan..

5 comments:

  1. Betul tu ibu yusuf kalau kita ikhlas semuanya akan jadi mudah

    ReplyDelete
  2. kalau kita kerja sbb Allah, insyaAllah DIA akan tlg kita.

    ReplyDelete
  3. betul cakap tue zefa...kalau kita ikhlas pasti kerja kita jadi mudah..

    ReplyDelete
  4. bila kita ikhlas... semuanya akan berjalan dgn lancar n mudah...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...