Follower

Thursday, March 8, 2012

Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
 Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.



Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA

Ps: Tadi juga terus kira gaji baru.. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang ada..

4 comments:

  1. Alhamdulillah juga, yang penting biar ia beri kebaikan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  2. seawal pagi ayah brtolak ke sana..br smpai rumah...moga xde lagi isu brkaitan..penat dh asyik kena tinggal....hu.hu.hu....

    ReplyDelete
  3. Betul Zefa.. syukur dgn rezeki yang ada.. Bagi akak keberkatan tu lebih penting daripada jumlah yang dapat..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..syukur juga!td gigih tnggu PM muncul secara live.hihi..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...