Follower

Saturday, December 24, 2011

KENAPA KHIR TOYO DIPENJARAKAN?


Assalamualaikum wbt
Ibu perasan, sehari dua ni ramai blogger buat entry tentang Dr Mohammad Khir Toyo dikenakan hukuman penjara 12 bulan. Mula-mula ibu tak ambil peduli sangat,sebab dah agak dah, ni mesti sebab rasuah. Cuma tadi, ibu dapat tahu isu hir Toyo kena penjara ni mengungguli carta carian di Yahoo. Jadi, sajelah ibu buat entryni. Saja nak buat, sedia maklum Jemari Asmara bukan blog yang selalu buat entry SEO kan? Yang ni pun ibu c & p je..

MAHKAMAH HUKUM KHIR TOYO PENJARA 12 BULAN


SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.   

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Ps: Harap tak menggambarkan pandangan politik ibu ya. Bila search tentang Khir Toyo, page Harakah keluar dulu. Hehe..



8 comments:

  1. moga diri ini dijauhi dengan perkara2 negatif sepanjang menunaikan tanggujawab sebagai kakitangan kerajaan, amin

    ReplyDelete
  2. entri seo nie.hehe..entah sy tak ada plak baca entri pasal nie dekat mana2 blogger.tengok berita kt tv jer..

    ReplyDelete
  3. baca blog k.zefa ni baru tahu khir toyo dipenjarakan :) hehehe

    ReplyDelete
  4. tahu pasal ni kat tv..terkejut juge..semoga kite semua dijauhkan daripada perkara2 yang memudaratkan

    ReplyDelete
  5. khabarnya hukuman itu ditangguh...

    ReplyDelete
  6. biasa la bila melibatkan org besar dan slh guna kuasa. ada yg buat dan ada yg tidak. ada yg kena tgkp dan ada yg tdk. bersyukur la kita hidup dlm keadaan seadanya kan.

    ReplyDelete
  7. ade lagi best tentang berbandingan hukuman..yg ni rasuah berjuta penjare setahun..ade satu kes mencuri pasal nak bagi anak makan kene penjare 3 tahun..feninglh ;D

    ReplyDelete
  8. Macam-macam dunia sekarang.. yang kaya nak kaya lagi... kadang-kadang musykil juga dengan depa ni, tak reti bersyukur ke.. hmmm. wallahualam

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...