Follower

Wednesday, November 16, 2011

Sambal Sotong & Pinggan Mangkuk Lama..


Assalamualaikum wbt..

Malam Khamis nan sunyi.. Perut sedah terisi.. Anak-anak dan ayah mereka sedang menonton tv.. Ibu mengadap lappy.. Eh eh, semua i i i ..

Balik kerja tadi macam biasa terus bersilat di dapur.. Harini ibu masak sambal sotong dan cencaru bakar sahaja. Tak ada sayur, tak ada kuah.. Alhamdulillah tak ada yang tercekik tadi.. Hihi..


Sambal sotong Jemari Asmara.. Nampak sedap tak?

Perasan tak, kebanyakan hasil air tangan ibu yang ibu menunjuk tunjuk di blog dihidang dengan koleksi pinggan mangkuk lama? Konon-konon ala-ala blog Cik Mat Gebu la.. Hik hik hik.. Perah santan tul..

Sebenarnya, ibu pun macam CMG juga. Pinggan mangkuk lama (PML) collector.. Cuma ibu kumpul ala kadar sahaja. Sebahagiannya ada ibu kongsi di SINI, sebahagian masih 'menyorok' lagi. Siapa-siapa yang pernah datang rumah ibu tahulah, PML ibu banyak mana. Ciput je.. Hehe..


Ibu mula 'gila' kumpul PML awal tahunni. Cinta berputik sejak akhir tahun lepas sebenarnya. Bila ibu jatuh cinta dengan PML, ibu juga jatuh cinta dengan aktiviti 'hunting'. Habis semua kedai pinggan mangkuk di Klang tu ibu dah jelajah.. Kemudian dapat pula penyakit 'hunting' online. 


Tapi sekarang ibu dah slow dah.. Sebab? Koleksi ibu dah banyak. Eh eh, kantoi, tadi cakap ciput je. Hik hik.. (Kumpul seadanya sebenarnya, tak adalah banyak sangat dan tak adalah sikit sangat. Sederhana sahaja..)


Entry ini sebenarnya ibu buat untuk menjawab komen Dhiera dalam entry Nasi Lemak Jemari Asmara. Ye Dhiera, Kak Zefa memang ada cawan tu.. :D


Ps: Kawan-kawan makan apa malam ni?





7 comments:

  1. makan bubur..hehe..sedap mkn time hujan2 ni

    ReplyDelete
  2. nampak sdap je.jeles i ;P

    malam ni makan keladi gorang sebab petang dah makan nasi..:)

    ReplyDelete
  3. ayat yg mula2 tu dah macam puisi pulak...heheheeh!






    sambal sotong pantang lahhh....




    pantang jumpa...heheheh!



    malam ni,kaklong beli mee lambak kat pasar malam nun,malas nak masak malam ni...boleh la kannn...

    ReplyDelete
  4. cantik pnggan tu....akak tak masak malam ni...kononnya nak diet..anak2 pun terpksa diet sama..hehhehe

    ReplyDelete
  5. akak ni saje je kan? sambal sotong tu my feveret. tunjuk plak dgn koleksi pinggan lama. eiiiii~

    ReplyDelete
  6. nampak pun tahu sedap sambal sotong nie.hehe..

    sy jgn kata yg lama,yg baru pun tak pernah beli.yg ada mak mertua bg n hadiah kawen jer.haha..

    ReplyDelete
  7. nmpak sedap jer sambal sotong tu..

    kite mcm biasa xmkn mlm sbb mkn malam hanya ketika baba alya ad..kalo tak cukup sekadar minum air + biskut kering ajer...

    tak lalu weh mkn sorang2..huhu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...