Follower

Saturday, November 19, 2011

Muffin Pisang Kukus Bercip Coklat


Entry tunjuk makanan ye..

Semalam tak berapa sempat nak berblog sangat.. Malam tadi kerja hingga ke malam. Pagi tadi pun ibu kena kerja juga. Alhamdulillah, menjelang tengahari dah berada di rumah semula. Bertukar shif dengan ayah yang ada program Ramas Ramah Mesra Bersama Rakyat di Bangi. Tapi bukanlah ayah Yusuf tu wakil rakyat ye.. Hehe.. Ayah Yusuf keje gomen je. Macam ibu Yusuf juga.. :D

Sambil anak-anak tengok tv, ibu on lappy. Termenung sekejap, entr apakah ingin dicoretkan. Malam tadi dah entry hangin pasang. Kah kah kah.. Siang hari ni tak mau hangin-hangin lagi lah..

Pikir punya pikir, idea tetap tak ada. Macam biasa, bila tak ada idea, ibu tepek pic makanan je.. Nak cerita tentang Yusuf naik kelas sebanarnya, tapi nanti-nantilah..



Muffin pisang kukus bercip coklat Jemari Asmara.. sila abaikan rupa parasnya yang kurang gebu. Yang penting tukang buat apam berkulit gebu. Kih kih kih.. Aduh, duh.. perah santan lagi..

Sebenarnya ibu guna resepi Apam Pisang tempoh hari, cuma tambahkan coklat cip dalam adunan. Tapi memandangkan rasa menteganya menyerlah, ia terasa seperti kek. Bila letak cip coklat, lagilah rasa macam kek. Dah ibu buat kecik-kecik, jadilah namanya muffin. Hihi.. suka-suka hati je kan?

Owh.. tiba-tiba ada suara-suara berkata lapar dan nak makan. Maka ibu perlu hentikan tarian jemari. Petang-petang sikit ibu ziarah rumah kawan-kawan ye.. InsyaAllah.

Jumpa lagi.. :D


9 comments:

  1. xkisah asal anak2 mkn, rupa belakang kira asal sedap hehehe, rajin tgk tuanrumah memasak nie..

    ReplyDelete
  2. nampak menarik dan sedap..pandai akk reka resepi.hehe..

    ReplyDelete
  3. wahhh kalau hari2 tgk resepi cenggini..boleh kecur air liur ni...hehe sodap la kak

    ReplyDelete
  4. gebu ke tak gebu tak kisah kaann..yg penting sedaap :-))

    ReplyDelete
  5. pisang goreng blh makan. pengat pisaang pun ok lg. tp kalau kek pisang ke pisang kukus ke mmg kureng skt. tak tahu la kenapa.

    ReplyDelete
  6. waaaa sedapnya...sy tak tahu ler bile boleh buat cam gini..tak reti + malas..ekeke

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...