Follower

Sunday, September 4, 2011

Muzium Terengganu & Pasar Payang @ 5 Syawal 1432H| Jemari Asmara GA Lagi!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini 6 Syawal 1432H. Hari-hari terakhir di Terengganu Darul Iman sebelum kami bertolak balik ke Shah Alam. Kami baru balik beraya, dua buah rumah sahaja. Ada 2 orang budak baik sudah gaduh sebab berebut hset ayah. Huhuhu.. tragis betul. Satu kampung dengar suara yang kecik manangis. Hmmm.. kembang kempis juga hidung ibu yang tak berapa nak mancung ni menahan gerammmmmmmmmmm... :-(

Harini kami sedondon kuning, tapi tak mau lagi tayang baju raya. Nanti-nanti lah ye.. Harini ibu nak cerita pasal semalam (5 Syawal 1432H). Semalam gara-gara kehabisan stok baju kurung kami tak g beraya. Anak-anak dan ayah ada je baju, ibu yang tak ada. Takkan nak beraya pakai tshirt kot, tak sesuei lerr..

Semalam kami jalan-jalan. Mula-mula pergi Pasar Payang, teman Cik Ngoh beli baju batik yang kawan-kawan dia kirim. Ibu pun ada beli sesuatu di sana. Ibu cadang nak buat GA lagi. Tunggu ye kawan-kawan!! Jangan lupa join, hadiah utama bernilai RM100.00, InsyaAllah..

Kemudian kami ke Losong, Cik Ngoh kata nak beli kepok. Tiba-tiba Yusuf sebut pasal Muzium. Terus ayah ke Muzium terbesar di Malaysia.. Muzium Negeri Terengganu. Sampai-sampai je, anak beranak tu nyanyi lagu ulik mayang diulik. Hehehe.. Nak masuk kena bayar ye kawan-kawan, dewasa RM5.00 seorang dan kanak-kanak umur 7-12 tahun RM2.00 seorang. Tapi semalam Nabhan tak kena bayar pun. Rezeki dia.. :D

Untuk keterangan lanjut tenang Muzium Negeri Terengganu kawan-kawan boleh layari.. http://museum.terengganu.gov.my/

Kami pergi sekejap aje, sebab bawa Cik Dee. Cik Dee tak sihat dan tak larat jalan lama-lama. Jadi tak banyak nak cerita, kita layan picas yang ibu sempat snap ye.. Jom!!


 Possing anak beranak sebelum masuk ke dalam. Kat dalam dah tak boleh tangkap gambar dah..


 Dengan Cik Ngoh dan Cik Dee, kakak kembar ayah..


 Yusuf Nabhan yang sangat girang, sebulan dia tak berani melasakkan diri sebab puasa, bila dah raya apalagi.. yeahaaaaaa!!


 Gambar kenangan depan pintu masuk muzium.. sekilas pandang macam berdua je kan? Tapi bertiga sebenarnya.. hehehe..


 Yang ni masa @ Pasar Payang..


Dua beradik kesayangan ibu.. :D

Okey, itu sahaja cerita tentang semalam. Sudahnya tak jadi beli kepok di Losong. Depan Muzium tu ada orang jual kepok, beli di situ je..

Jumpa lagi!! Nantikan Jemari Asmara 3rd GA okey!!

Wassalam..

@@@@@@@@@@@@@@@@@

10 comments:

  1. wah..tak sabar nak join GA ni hehe....

    *lama dah tak pergi Terengganu :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kopok losong..lama dh xp sana.....

    ReplyDelete
  3. kak, Losong tu kt daerah/area mana ye? syida tringin nk gi ganu nnti, dgr2 gk psl Losong tpt beli kepok..

    ReplyDelete
  4. wow hadiah GA..bley join nie.hehe..sgt suka kopok losong..peberet tu!

    ReplyDelete
  5. P.Solehah: Join jgn tak join.. tp tunggu la ye sbb tgh pikir lg nak buat ga yg mcmmana.. yg penting hadiah dah standby.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  6. NzA: Memang sedap, tp kadang2 terkena juga yg gatal.. terus jd tak best.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Ya Alya: Aik Ya, pantang jgn tak pantang..:D

    ReplyDelete
  8. Khairin: Losong tu kat KT je Shida. Situ memang glamer kepok dia. Cuma kdg2 kalau time cuti, berejam nak beratur.. org ramai sgt..

    ReplyDelete
  9. Puan Kutu: Tunggu ye GA tu, nanti dah ada idea nak wat camne akak umumkan.. :D

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...