Follower

Sunday, May 1, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 4!!

Assalamualaikum wbt..

Pagi Ahad yang ceria.. Ahad adalah hari hunting PML bagi ibu (kecuali minggu lepas sebab kerja). Lokasi rutin adalah Pasar Stadium Shah alam dan Amcorp Mall.

Sebelum ibu melangkah keluar rumah untuk rutin biasa itu, ibu nak kongsikan satu lagi koleksi PML ibu yang bermotifkan bunga padi.

Pinggan 10 inci, teko aladdin dan 2 pasang cawan..

Pinggan leper tu ada dua. Satu ibu dapat di apek dan yang dalam gambar tu ibu beli online. Semasa n3 ini ditulis sudah bertambah lagi 3. Masih dalam perjalanan..

Teko aladdin tu ada kenangannya yang terendiri. Item PML paling mahal pernah ibu miliki. Tak perlulah ibu sebutkan berapa harganya. Harga pasaran bagi teko aladdin sekarang ini di antara RM130.00 - RM150.00. Tapi pada pengamatan ibu, agak sukar nak mencari teko aladdin bunga padi. Makanya, sebab itulah ibu beli juga teko ini walaupun ianya lebih mahal dari harga pasaran.

Cawan pula, untuk bentuk yang sebegitu ibu ada dua sahaja. Ada yang kata ini cawan maharani. Ada yang kata ala maharani sahaja sebab mulutnya tidak berlekuk-lekuk. Kawan-kawan yang nak tengok bentuk maharani sebenar bolek klik SINI ya.. Cawan sebelah kanan ibu beli online. Itulah antara item PMl pertama yang ibu beli online. Cawan sebelah kiri ibu dapat dari apek macam yang ibu cerita di SINI. Kalau imbas balik, macam tak sangka cawan itu begitu cun duk dalam almari jika dibanding dengan kisah penemuannya. Hehe..

Baiklah, itu sahaja yang ibu nak kongsikan pada hari ini. Ibu mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI PEKERJA' buat sahabat-sahabat semua.

Wassalam!!

1 comment:

  1. seronoknya ada hobi mcm ni.izan ni tak sampai seru lg hobi mcm ni hehe..tak reti nak menyusun dlm almari pun ye jugak..tp jarang la tgk bunga kaler kelabu mcm ni..akak,jgn la sedih2..izan dtg je tgk2 akak tp tak drop komen.tetap minat tgk koleksi akak...tp tak mampu nk kumpul2 mcm akak...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...