Follower

Friday, May 20, 2011

Chicken Pox hari Ke 15: Yusuf Nabhan Pula..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini hari ke 15 Maryam Nabihah kena chicken pox. Alhamdulillah, sudah sihat dan sudah mula bersekolah sejak hari Rabu.

Allahu akbar! Allah pilih seorang lagi anak ibu untuk diberi ujian ini. Hari ini hari pertama Yusuf Nabhan mula ada tanda-tanda untuk dapat sakit yang sama.

Ibu, ayah dan Yusuf redha dengan semua ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kami suami isteri bergilir-gilir mengambil cuti menjaga anak-anak. Sepanjang Maryam Nabihah sakit, ibu mengambil cuti selama 4 hari dan ayah selama 2 hari. Melalui hujung minggu selama 4 hari dan cuti umum sehari, dengan jumlah 11 hari semuanya.  Untuk Yusuf, apapun masalah di tempat kerja ibu dan ayah akan utamakan anak-anak. InsyaAllah. (Nampaknya tak ada cuti raya le.. cuti dah nak habis.. hehe..)

Hero Malaya pojaan hati ibu.. gambar diambil 5 hari yang lalu..

Semoga Yusuf Nabhan kesayangan ibu cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Ilahi.. Ibu saaayang abang!

2 comments:

  1. chicken pox mmg berjangkit. takpe, insyaAllah sekejap je hilang tu. moga yusuf cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Nadiah: Mudah2han.. terima kasih nadiah.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...