Follower

Saturday, April 30, 2011

Gagal Make over: Penghijrahan 2 Puak..

Assalamualaikum wbt..

Jam menunjukkan pukul 4;28 pagi. Ibu baru selesai dengan projek ibu menghijrahkan dua puak. Puak apakah? Hehe.. Ini cerita PML ye sahabat-sahabat.

Al kisahnya, lantaran seperti ibu kisahkan di N3 Gara-Gara beli Perabot Dari Katalog maka ibu mendesak-desak ayah meng'make over' almari baru ibu agar lebih kukuh. Maka ayah dengan usaha gigih meng'make over'lah almari baru isterinya.


Tuuuu.. nampak? Atas meja ada PML, atas kerusi ada PML.. hehe, tu tak tengok lg bawah kerusi di sebalik almari tu. macam-macam adaaaaa..

Namun, keletihan ayah meng'adjust' sana sini nampaknya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Bukan sebab ayah tak pandai tau, tapi sbb struktur alamari itu sendiri.

Walaupun gagal, ibu tetap sumbat semua koleksi PML ibu (selain Bunga Padi dan Bunga Kangkung) dalam almari ini. Sebab dah tak larat tengok rumah sendiri macam kedai pinggan mangkuk. Hehe.. Tapi rasa cuak sentiasa ada tau!! Kalaulah roboh, mesti 'pranggggg' PML ibu.

Maka jam 2:00 pagi tadi ibu membuat keputusan untuk menghijrahkan 2 puak. Iaitu puak Kangkung yang sebelum ini duduk dalam almari putih masuk almari baru, dan puak lain-lain PML masuk almari putih yang lebih kukuh. Almari putih tu ibu ada cerita di N3 Make Over Kabinet Biasa-Biasa. Mula-mula dulu ibu isi koleksi vantage, tapi sekarang koleksi tu dah masuk almari lain. Hehe.. berapa banyak almari daaaa..

Kesan selepas penghijrahan, koleksi Bunga Kangkung ibu nampak longgar sebab disusun jarang-jarang. Tapi tak apalah, ianya atas alasan keselamatan. Dan koleksi lain-lain PML nampak sangat padat di dalam almari putih. Tapi tak apalah, sebab ibu lebih yakin dengan kekukuhannya.

Err.. faham ke dengan apa yang ibu tulisni. hahaha.. ayat pun dah tonggang tonggeng. almaklum belum tidur lagi ni.

Picas pun tak ada lagi. Nantilah, bila ibu dah susun betul-betul, ibu kongsi dengan kawan-kawan ye..

Ps: Ibu dah ngantukss sangat ni. nak zzzzzzzzzzz.. okey, jumpa lagi.

Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...