Follower

Saturday, March 12, 2011

Follower, Pengunjung & Peserta GA : Maaf Dari Ibu..

Asalamualaikum wbt..

Jam di lappy kesayangan ibu menunjukkan jam 1:14 pagi.. Ibu baru sahaja sampai di rumah selepas usai menunaikan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh negara. Ibu sempat mengintai anak-anak yang lena mungkin dibuai mimpi dari balik pintu bilik beradu. Dengan keadaan tugasan ibu, tidak sesuai rasanya mendekati anak-anak sebelum ibu membersihkan diri.

Sebelum melangkah ke bilik air, ibu terpandang lappy yang kian kurang rancak menerima tarian jemari ibu. Maka ibu mengambil keputusan, untuk menulis sesuatu terlebih dahulu..

Sesungguhya ibu sedar, semakin kurang catatan ibu di dalam blog kecil kesayangan ibu ini. Bukan kerana rasa sayang semakin pudar, namun ada kalanya masa tidak mengizinkan. Catatan semakin kurang, apatah lagi untuk mengunjungi sahabat-sahabat blogger yang lain.

Ibu dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sering mengunjungi blog ibu tetapi jarang atau tidak pernah ibu kunjungi semula. InsyaAllah, ibu akan berusaha untuk menziarahi blog sahabat-sahabat sekiranya masa mengizinkan.

Kepada peserta-peserta Jemari Asmara 2nd GiveAway, terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan kalian. Buat peserta yang belum disenaraikan di SINI atau belum menerima terjahan dari pihak penganjur, diharap dapat bersabar. InsyaAllah, penganjur akan tiba juga di n3 penyertaan sahabat-sahabat.

Kepada pengikut Jemari Asmara, dan belum ibu ikut kembali.. sila tinggalkan link blog sahabat-sahabat di n3 ini. nanti ibu klik butang 'ikut'. Tapi ibu terus terang ya.. (jangan kecil hati), ibu jarang 'ikut' blog yang dibuat semata-mata untuk contest.. Jadi kepada peserta-peserta GA tinggalkan link blog peribadi tau..

Akhir kata dari ibu.. ibu mengharapkan jalinan persahabatan yang berpanjangan. Dan ibu telah merasai manisnya ukhwah itu walau hanya di alam maya..

Salam sayang buat semua..

Ps: Dah join Jemari Asmara 2nd GiveAway? Klik aje banner di bawah ye.. Tq!!



5 comments:

  1. tak mengapa ibu:) hehehe..semoga ibu berehat secukupnya untuk meneruskan semua tanggungjawab ibu..
    selamat malam ibu:D

    ReplyDelete
  2. terima kasih fadwa.. err, nape masih bersengkang mata ni? Jom kita zzzzz...

    ReplyDelete
  3. singgah dr blog peribadi.. jom jln2!

    ReplyDelete
  4. ala..takpe kak. adat org bekerja la tu. akak senang2 boleh la update blog & BW :)

    ReplyDelete
  5. takpe..dahulukan mana yg lebih penting dulu. weekend ni boleh la update blog lagi :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...