Follower

Wednesday, December 8, 2010

Ayer Keroh Melaka Dis 2010 - siri 1

Salam semua..

Sempena cuti seminggu yang telah diluluskan, ibu megambil kesempatan membawa anak-anak bercuti selama 2 hari 07-08.12.2010. Destinasi kami kali ini ke Ayer Keroh Melaka. Percutian kami yang kedua ke Melaka pada tahun 2010.. (kami tiap-tiap tahun g Melaka.. hehe..) Percutian yang lepas kami bawa anak-anak ke A Famosa Resort dan jalan-jalan di Bandar Melaka.. (masatu takde blog lagi nak cerita.. )

Perjalanan dari Shah Alam ke Ayer Keroh mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tol RM18.70 (tak berapa ingat.. malas lak nak cari resit tol tu). Destinasi pertama yang kami rancang untuk kunjungi adalah Melaka Wonderland (MW) dan kemudian nak naik buggy di Taman Botanikal..


 Gambarni snap dari dalam kereta.. blurr je..

Sampai sahaja di MW.. Subhanallah!! Seramai-ramai umat manusia. Kereta melempah-lempah ke bahu jalan.. (hmm.. sah-sah kene menapak jauhni..) Hari ini adalah cuti umum sempena Awal Muarram dan kebetulan sedang berlangsung Karnival Upin dan Ipin yang diadakan di MWtu.. Ayah mengambil keputusan tak jadi kesitu.. anak-anak sedikit kecewa sebab terlalu teruja nak tengok Upin dan Ipin..

Kami terus ke Taman Botanikal. Hati sedikit lega, walaupun orang ramai di situ, tapi tak seramai di MW tadi. Tapi sekali lagi kami kecewa, tempahan untuk buggy telah ditutup kerana terlalu ramai yang sedang menunggu giliran. Huhuhu...


 Gambarni eksyen je.. tak dapat naik yang bergerak, dapat tangkap gambarpun jadilah.. (kami dapat naik juga sebenarnya pada besoknya.. tapi ada insiden yang berlaku)

Nak tahu lebih lanjut tentang Taman Botanikal Melaka boleh klik http://www.phtj.gov.my/botanical/

Kemudian ayah buat keputusan untuk ke Zoo Melaka.. Sampai-sampai, Ya Allah! Seramai-ramai umat manusia juga. Tapi kalini, untuk tidak mengecewakan anak-anak kami terjah juga. Ibu beratur beli tiket, ayah gerak cari parking. Tiket untuk dewasa RM7 dan kanak-kanak RM4..


 Masani semangat tengah membara.. tenaga masih gagah.. terlalu ramai sedang menunggu traim.. kami ambil keputusan jalan kaki.. (sejauh 2.5 km tau...)


 Abang dan gajah..


 Inilah anak daraku.. lasak ke tidak? hehe..

Akhirnya tenaga semakin lemah.. pada km ke 2 (ada baki 500m lagi dan jalan berbukit).. anak-anak dah mula tak larat.. ayah kendong abang, ibu kendong adik.. (anak-anak kami tubuh semangat wei!!).. sampai kat pintu keluar, ibu dan ayah rasa nak pengsan..

Nak tahu lebih lanjut tentang Zoo Melaka boleh klik http://www.zoomelaka.gov.my/

Kami terus menuju ke tempat penginapan.. Puteri Resort..



 Ini jelah bilik yang ada.. RM195.00.. yang lebih besar fully booked.. belasah je lah..  (tuuu.. tengok! abang dah keletihan pusing zoo.. adik dah start meragam dari keluar zoo lagi..


 Haa.. nilah faktor kami nak juga hotelni walaupun agak mahal.. swimming poolnya luas dan menarik untuk kanak-kanak.. pandangan dari atasni hanya 1/3 dari keluasan kolam
(gambar hasil carian di google)


Tuuu.. anak-anak dan ayah sedang mandi-manda.. selepas tak sampai 30 minit check in. Penat pusing zoo terus hilang bila nampak swiming pool.. kecewa tak dapat pergi Melaka Wonderland sedikit terubat..


Uiiii.. cekcinye anak ibu.. sok besar jangan harap pakai cenggini yer..

Episod mandi-manda berakhir jam 4.00 petang.. perut dah berkeroncong.. jalan-jalan cari makan la pulak.. (kita sambung cerita dalam n3 Ayer Keroh Melaka Dis 2010 - siri 2 la pulak ye..)


 Pemandangan Puteri Resort di malam hari.. (gambar hasil carian di google..)

Untuk maklumat lanjut tentang Puteri Resort boleh klik http://www.puteriresort.com/

Wassalam..

5 comments:

  1. wah bestnye pegi brcuti...sonok la bdk2 tu mandi swimming pool...

    ReplyDelete
  2. Al hamd, ada rezeki dan nikmat masa utk bw anak2 jln2.. budak2 sonok sgt2 sampai berbelang2 badan sun burn..

    ReplyDelete
  3. salam,
    sis cantik la resort ni..service ok tak

    ReplyDelete
  4. salam,
    sis cantik la resort ni..service ok tak

    ReplyDelete
  5. Wsalam Qis..
    Setakat yg kami pergi kalini takde masalah.. dulu akak pernah kursus kat hotelni 2 minggu.. pun ok juga.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...